Home / Gempak / Tentera akan dikerah mulai Ahad ini

Tentera akan dikerah mulai Ahad ini

Pihak tentera akan dipanggil bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau keadaan susulan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri.

“Mesyuarat hari ini memutuskan supaya pihak tentera membantu pihak polis di dalam memantau keadaan yang berlaku hari ini terutama untuk pastikan pematuhan rakyat kepada arahan supaya rakyat berada dalam rumah masing-masing.”

“Tentera akan mula digerakkan pada hari Ahad ini, jadi kita yakin bantuan dari pihak tentera kawalan akan lebih lagi dapat dilaksanakan. Kita berharap rakyat akan terus patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ismail Sabri turut menjelaskan bahawa, mengikut undang-undang, menteri kesihatan mempunyai hak untuk melantik mana-mana kementerian bagi membantu untuk memantau perintah kawalan pergerakan.

About GempakNews

GampakNews adalah destinasi untuk informasi terkini di Malaysia.

Check Also

Dua lelaki pecah masuk hotel ditahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Dua lelaki mengambil kesempatan atas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa ketika ini dengan …

%d bloggers like this: