Home / Gempak / Sah bahawa kakitangan Hospital Teluk Intan dijangkiti COVID-19

Sah bahawa kakitangan Hospital Teluk Intan dijangkiti COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, mengesahkan beberapa kakitangan Hospital Teluk Intan (HTI) disahkan dijangkiti wabak Covid-19.

Katanya, HTI tahu bahawa ada berita ditularkan di media sosial bahawa berlaku peningkatan bilangan kes positif Covid-19 dalam kalangan doktor sehingga menyebabkan operasi harian di situ terganggu.

“Beberapa kakitangan perubatan disahkan positif Covid -19. Bagaimanapun, langkah-langkah keselamatan dan pencegahan diambil dengan segera serta pemantauan rapi dilaksanakan secara berterusan,” katanya dalam satu kenyataan awal hari ini.

Menurut Noor Hisham pihak pengurusan HTI juga mengambil tindakan melakukan pengawalan rapi dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak.

Tindakan pencegahan untuk meminimumkan pendedahan terhadap kakitangan HTI pula, katanya, menjadi aktiviti utama sejak kes pertama jangkitan positif Covid-19 dikenal pasti.

Covid-19 masih menjadi ancaman utama di negara ini ketika perintah kawalan pergerakan memasuki hari keenam hari ini.

About GempakNews

GampakNews adalah destinasi untuk informasi terkini di Malaysia.

Check Also

Dua lelaki pecah masuk hotel ditahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Dua lelaki mengambil kesempatan atas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa ketika ini dengan …

%d bloggers like this: