WANITA yang melarikan diri selepas memukul ibunya di kediaman mereka di Taman Sri Gombak, Gombak, Rabu lalu, berjaya ditahan polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, wanita berusia 30 tahun berkenaan ditahan di sekitar Kuala Lumpur pada jam 5.30 petang.
“Suspek direman selama empat hari hingga 24 Mac ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Difahamkan suspek bertindak sedemikian hanya kerana berang selepas ditegur kerap keluar malam menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.