Home / Gempak / Perutusan Khas Perdana Menteri

Perutusan Khas Perdana Menteri

1) Pengurangan caruman sebanyak 4%, berkuatkuasa April 2020, beri lebih wang kepada pencarum untuk memberi barang keperluan harian.

2) Majlis Tindakan Ekonomi putuskan kemudahan pengeluaran i-Bestari bagi pencarum KWSP berjumlah RM40 bilion. Ahli KWSP bawah 55 tahun boleh keluarkan wang dari akaun 2, maksimum RM500/sebulan untuk 12 bulan

3) Kerajaan setuju salur RM100 juta kepada KKM untuk pelantikan 2,000 kakitangan hospital baharu secara kontrak, terutamanya jururawat, kata Perdana Menteri.~ss

4) Kerajaan setuju salur RM500 juta kepada KKM untuk beli keperluan perubatan seperti PPE, ventilator, serta keperluan makmal untuk COVID-19. Untuk menyegerakan pembelian barangan kritikal, kerajaan telah meluluskan tatacara perolehan secara darurat.

5) Kerajaan setuju salur RM130 juta kepada negeri bagi membantu kerajaan negeri menangani COVID-19. Peruntukan ini untuk memberi bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil, pesakit COVID-19, serta petugas kerajaan negeri

6) Kerajaan setuju lanjutkan penangguhan bayaran balik PTPTN selama enam bulan, melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta. Penangguhan ini yang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020

About GempakNews

GampakNews adalah destinasi untuk informasi terkini di Malaysia.

Check Also

Dua lelaki pecah masuk hotel ditahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Dua lelaki mengambil kesempatan atas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa ketika ini dengan …

%d bloggers like this: