Home / Gempak / Pekerja boleh lapor dengan pihak polis, jika majikan paksa datang kerja.

Pekerja boleh lapor dengan pihak polis, jika majikan paksa datang kerja.

Majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk hadir ke pejabat jika tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Lim Wei Jiet, majikan yang berbuat demikian dianggap melanggar Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan.

“Tiada majikan yang bukan dalam kategori perkhidmatan penting boleh memaksa pekerja mereka untuk bekerja dalam keadaan yang bertentangan dengan apa yang digariskan dalam perintah yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata beliau dalam sesi temu bual pada Selasa malam.

Sekiranya ada majikan yang bertindak sedemikian, pekerja terlibat boleh membuat laporan polis kerana ini merupakan satu kesalahan.

About GempakNews

GampakNews adalah destinasi untuk informasi terkini di Malaysia.

Check Also

Dua lelaki pecah masuk hotel ditahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Dua lelaki mengambil kesempatan atas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa ketika ini dengan …

%d bloggers like this: