Penyanyi dan penyampai radio, Haiza mengesahkan berita mengenai penyanyi, Mya Ruslee atau Maya Matahari yang disahkan meninggal dunia jam empat petang semalam akibat kanser di Hospital Sungai Buloh.
Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee popular menerusi beberapa lagu antaranya Matahari dan Diari Biru sekitar 1990-an dan kembali membuat kemunculan semula selepas menyertai program Gegar Vaganza.