

Dr Maszlee Malik telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan Negara.
Perletakan jawatan itu akan berkuatkuasa mulai 3 Januari 2020 dan beliau telahpun membuat keputusan selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sepanjang tempoh Maszlee sebagai Menteri Pendidikan Negara, beliau bertanggungjawab dan tegas dengan segala perubahan yang dibuat.
Maszlee telah memperkenalkan projek sekolah daif, Murid Berkeperluan Khas serta Gerakan Malaysia Membaca dan juga Murid Berkeperluan Khas (MBK). Maszlee juga tidak mengenepikan para guru dengan mengurangkan beban guru yang merupakan aset paling penting sekali dalam Pendidikan negara.
Program Gerakan Malaysia Membaca adalah usaha yang baik kerana ia akan membantu dengan kemerosotan penggunaan bahasa yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia menerusi penggunaan media sosial di zaman moden ini. Juga hampir 90% projek sekolah daif telah siap awal dan ini akan membantu dengan kanak-kanak Melayu di kampung-kampung untuk peluang belajar di sekolah.