Hampir 700 laporan polis diterima sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan 46 daripadanya telah dibuka kertas siasatan dan 28 individu ditahan setakat ini.
Menteri Kanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak polis juga telah mengadakan 23 sekatan jalan raya di lebuh raya seluruh negara, masuk hari ke-7 PKP.
Menerusi sekatan jalanraya itu, polis mungkin bukan sahaja lagi memberi nasihat, tetapi akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang gagal mematuhi arahan pihak berkuasa.