Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya rantaian jangkitan tidak terputus dalam tempoh dua minggu ini.
Oleh demikian, beliau merayu orang ramai untuk berada di rumah dalam tempoh dua minggu ini, bagi memastikan rantaian jangkitan dapat diputuskan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan supaya rantaian jangkitan dapat diputuskan supaya jumlah orang dijangkiti COVID-19 dikurangkan.