Home / Gempak / Ibu dan 3 anak maut dalam kebakaran

Ibu dan 3 anak maut dalam kebakaran

Tiga beranak ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Lorong Merbah, Kampung Sungai Relong, Kamunting, awal pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, mangsa dalam kebakaran kira-kira pukul 1 pagi itu dikenali sebagai Jazmaniza Man, 35; Mohd Anaz Rizki Mohd Khairul, 4, dan Nur Aulia Medina, 3.

Tiga yang lain pula cedera iaitu suami Jazmaniza, Mohd Khairul Ismail, 38; anak pasangan terbabit, Muhamad Afiq Aryan, 6; dan adik Jazmaniza, Jamal Azwan, 33.

“Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 1.20 pagi.

“Apabila jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dengan dibantu anggota dari balai Taiping tiba di lokasi, rumah itu telah terbakar 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di Taiping hari ini.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, sementara yang cedera dihantar ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan dan operasi tamat pada 4.40 pagi.

About GempakNews

GampakNews adalah destinasi untuk informasi terkini di Malaysia.

Check Also

Dua lelaki pecah masuk hotel ditahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Dua lelaki mengambil kesempatan atas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa ketika ini dengan …

%d bloggers like this: