Home / Gempak / 180,000 rakyat Malaysia mahu Maszlee kekal.

180,000 rakyat Malaysia mahu Maszlee kekal.

180,000 Rakyat Malaysia Mahu Maszlee Kekal
180,000 Rakyat Malaysia Mahu Maszlee Kekal

Lebih 180,000 tandatangan mahu Maszlee kekal sebagai Menteri Pendidikan Malaysia daripada petisyen yang dijalankan menerusi #supportmaszlee.

Inisiatif-inisiatif beliau telah terbukti memberi manfaat kepada pelajar, guru dan masyarakat terutama sumbangannya kepada sifar sekolah, program pertukaran guru suka sama suka, penambahbaikan pendidikan untuk pelajar OKU dan juga membetulkan sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak.

Menurut petisyen, perletakan jawatan Maszlee adalah satu kehilangan besar buat negara kerana beliau seorang yang bertanggungjawab dan berpegang teguh kepada segala inisiatifnya walaupun dibayangi laporan negatif yang disensasikan.

Mungkin ramai yang tidak sedar, tetapi salah satu inisiatifnya iaitu kasut sekolah hitam sebenarnya adalah satu usaha yang akan menjimatkan perbelanjaan persekolahan anak-anak kerana ianya lebih murah dan lebih mudah untuk dijaga.

Dan perletakan jawatan Maszlee telah membuktikan lagi yang Maszlee seorang pihak yang bertanggungjawab dan beliau sememangnya bersedia untuk berkhidmat bagi rakyat.

About GempakNews

GampakNews adalah destinasi untuk informasi terkini di Malaysia.

Check Also

Dua lelaki pecah masuk hotel ditahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Dua lelaki mengambil kesempatan atas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa ketika ini dengan …

%d bloggers like this: